Bila kita marah
0
ulasan
Marah di sifatkan sebagai satu bentuk perasaan apabila kita tidak berpuas hati, sakit hati dan sewaktu kategori dengannya. Sifat ini sememangnya sebuah sifat negative sehinggakan dalam islam sendiri menyifatkan kaitan syaitan. Orang muslim di nasihatkan mengambil air wuduk apabila merasakan diri dalam keadaan marah yang teramat sangat.
Satu sifat yang sinonim dengan perasaan Marah ialah panas baran. Jujurnya, saya juga antara yang berada dalam kategori ini. Sebelum mengenal sejadah ,saya selalu naik angin meski gurauan adik beradik. Sifat yang sememangnya banyak di huni oleh lelaki ini sebenarnya mampu memberi implikasi lebih teruk. Media sendiri pernah memaparkan kes-kes jenayah akibat ketidak logikan akal berkaitan perasaan marah ini.
Sebuah lagi perkataan yang selalu di kait dengan marah ialah ''mengamuk''. Sifat ini antara yang special. Kenapa? Dari bacaan yang pernah saya ketahui, ''mengamuk'' di describekan sebagai sebuah sifat istimewa orang melayu. Menguatkan fakta bahasa english juga menggunakan perkataan sama iaitu ''run amok'' kerana tidak dapat mentafsir di sebalik sifat ini. Wallahualam.
Menangani marah?
Sesetengah orang beranggapan, sifat marah harus di lepaskan. Tidak perlu di pendam, bimbang katanya meletus. Tapi melepaskan bagaimana? Dengan memarahi seseorang? Dengan mehancurkan pinggan mangkuk ala Akademi Fantasia? Tidak salah sebenarnya tetapi perlu dengan cara yang betul. Umpamanya meluahkan kepada seseorang yang anda percaya dan rapat. Jika dia seorang sahabat yang baik sudah pasti dia akan menenangkan perasaan anda.
Saya antara yang lebih gemar diam. Meski mempunyai raut wajah yang garang saya sebenarnya tidak terlalu mudah marah tanpa sebab seperti sesetengah orang yang bergantung kepada mood. Tteapi apabila saya marah saya akan diam seribu bahasa. Sebuah diam yang pelik.
Kerana?
Saya lebih selesa menenangkan perasaan sendiri.
Marah ialah pintu kepada beribu masalah lain seperti stress, runsing, kecewa, dendam dan pelbagai lagi.
Jadi anda sememangnya perlu mencari cara menewaskan perasaan ini!
(hz)