Your Adsense Link 728 X 15

Cinta Kaabah Irma Hasmie

Posted by admin 0 ulasan

Cinta Kaabah Irma Hasmie




CANTIK... Irma keliahatan ayu dalam busana rekaan Hatta Dolmat.


TIADA yang lebih indah apabila setiap doa dan harapan yang diungkapkan ketika berada di Tanah Suci Mekah dimakbulkan Yang Maha Esa.
Itu yang turut dirasai pelakon Irma Hasmie, 30, apabila segala doa dan harapan terutama yang diminta ketika di hadapan Kaabah menjadi kenyataan.

Mensyukuri nikmat terindah itu, kata Irma, dia tidak pernah menyangka bakal bertemu jodohnya di kota suci itu.
Namun siapa yang mampu menelah dan mengetahui rahsia dan rancangan Tuhan buat hamba-Nya.
Ternyata ziarah Irma buat kali ketiga ke Tanah Suci pada pertengahan Februari lalu telah menyatukan jodohnya dengan seorang pemuda bernama Reza Syah Azmeer Radzuan.
Siapa menyangka, hanya berkenalan tidak sampai sebulan, kini Irma dan Reza diikat dengan tali pertunangan dan bakal melayari alam perkahwinan pada Julai nanti.
...

TIADA ungkapan cinta dan kata-kata mesra namun atas kehendak Allah SWT, Irma Hasmie Ibrahim, 30, terus rasa serasi dan hatinya berbunga bahagia apabila diperkenalkan kepada jejaka segak yang bernama Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, oleh ibu lelaki itu sendiri, Datin Azizah Osman ketika mereka bersama-sama mengerjakan umrah di Makkah pada 14 Februari lalu.
Kebetulan Irma dan keluarga Reza ke Makkah dengan syarikat pengurusan umrah yang sama. Berada di bawah satu jemaah, mereka berkenalan dan bertegur sapa sementelah lagi Irma artis terkenal. 
Perkenalan dengan keluarga Reza bermula apabila adiknya menegur Irma ketika mereka berada di lobi Hotel Al-Haram, Makkah. Kemudian ketika mengerjakan umrah, adiknya perkenalkan pula Irma kepada ibunya. Menurut Irma, mereka kemudiannya bersama-sama menyelesaikan tertib umrah iaitu bertawaf, saie dan bertahalul.

“Ketika kami bersama-sama mengerjakan umrah, Reza ada bersama tetapi dia hanya memerhatikan saja. Saya banyak berbual dengan ibu dan adiknya. Selepas solat Isyak, keluarganya mengajak saya makan malam dan itulah kali pertama saya bercakap dengannya.

“Waktu itu saya tak rasa apa-apa, hanya ingat ia hanya perkenalan biasa. Saya ke Makkah bersama pengasas butik D’Haja yang saya panggil Kak Ija. Selepas beberapa hari ke Madinah, saya dan Kak Ija berangkat balik dulu ke tanah air.

“Ibu Reza sempat menyampaikan pesanan dan hasrat hatinya kepada Kak Ija supaya saya menunggu mereka sekeluarga balik ke Kuala Lumpur kerana dia ada hajat.

“Apa yang berlaku saya anggap anugerah Ilahi yang maha hebat dan hati saya sangat tersentuh kerana perkenalan kami diaturkan oleh ibu bapa Reza sendiri.
Hasrat yang ingin disampaikan itu bukanlah hasrat Reza seorang tetapi juga daripada keluarganya,” katanya.

Tambah Irma, apa yang berlaku adalah di luar sangkaannya sama sekali dan ia hadir dengan sendirinya.

“Saya sangat bersyukur dan sukar untuk saya ungkapkan perasaan saya ketika ini. Apa yang boleh saya katakan, hebatnya kuasa Allah s.w.t dalam menentukan perjalanan hidup setiap hamba-Nya. Apabila keluarga Reza menyatakan hajat untuk menyunting, saya tak rasa ragu atau was-was langsung kerana saya yakin dengan apa yang Allah tetapkan untuk saya.

“Biasanya, kalau kita berasa was-was, mesti ada sesuatu yang tak kena tetapi alhamdulillah, segalanya berjalan baik dan dipermudahkan Allah s.w.t.

“Sekembalinya keluarga Reza daripada umrah, keluarganya datang ke rumah saya untuk sesi taaruf (perkenalan) dengan keluarga saya dan merisik pada 12 Mac lalu. Kedua-dua belah keluarga saling menerima salam perkenalan itu dengan baik.

“Saya sangat berbesar hati kerana niat yang baik itu direstui kedua-dua belah pihak, ia adalah anugerah Allah yang tidak ternilai buat saya. Ini bukan soal cinta tetapi pemberian Allah kepada saya. Kalau kita melalui proses percintaan biasa, belum tentu lagi orang tuanya sukakan kita.

“Insya-Allah majlis ijab kabul, kenduri dan persandingan akan diadakan pada awal Julai ini. Saya mohon pada peminat di luar sana, doakan segalanya berjalan dengan baik dan dijauhkan daripada segala halangan serta rintangan,” katanya.

Irma dan Reza mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu pada majlis yang diadakan di rumah keluarga Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh, Selangor. Irma menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh ibu Reza serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki yang berupa set mandian, sepersalinan pakaian, sejadah, manisan kurma, kek dan buah-buahan.

Manakala pihak perempuan membalas sembilan dulang iaitu sirih junjung, buku-buku ilmiah, set pencukur, sejadah, kek, manisan, sepersalinan pakaian dan set mandian.

Reza anak kepada seorang peguam terbabit dalam perniagaan pengurusan acara, pengiklanan, percetakan dan reka cipta.

Pada majlis pertunangan itu, Irma menggayakan rekaan Hatta Dolmat Couture dan disolek oleh Chomel. Ari Wedding Couture turut menaja dekorasi hantaran dan pelamin bertunang di samping mengenakan tudung tajaan D’Haja.

Manakala Natrah Mat Jaan (Hazel Nartwork Photographic Studio) bertindak sebagai jurugambar rasmi majlis pertunangan itu. Hidangan makanan pula disediakan Ibunda Catering & Service.

Hatta juga akan menyediakan busana untuk pernikahan dan Ezuwan Ismail untuk majlis persandingan kedua-dua belah pihak. Sweet Motion Production turut menaja videografi sepanjang persiapan dan sekitar majlis itu.

Popular Posts